SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata kira-kira 3,712,616 maklumat atau data daripada 66,216 penerima skim subsidi dalam aplikasi yang dimiliki Selangkah Ventures Sdn Bhd iaitu anak syarikat kerajaan negeri itu boleh dikongsikan dengan PADU, tertakluk kepada terma dan syarat penggunaan.
Beliau berkata data berkenaan merangkumi maklumat penerima skim bantuan kerajaan negeri antaranya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), Program Selangor Mental Sihat (Sehat), Program Saringan Kesihatan Percuma (Saring) dan Insentif MamaKerja.
"Kerajaan negeri percaya, selepas ini akan lebih banyak data penerima bantuan di Selangor yang boleh dikongsikan dengan PADU dan secara tidak langsung akan membantu kerajaan pusat dalam aspek pembentukan atau pelaksanaan sesuatu dasar negara," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Data antara aplikasi Selangkah dan PADU di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin mewakili PADU, manakala Selangkah diwakili Ketua Pegawai Informasi Selangkah Ventures Sdn Bhd Dr Helmi Zakariah bagi menandatangani MoU berkenaan.
Dalam pada itu, Amirudin berkata aplikasi Selangkah ketika ini memiliki kira-kira 3.87 juta pengguna aktif termasuk mereka yang tidak menerima subsidi dan bantuan program kerajaan Selangor.
Selain itu, beliau berkata proses perpindahan dan semak silang data antara Selangkah dan PADU dijangka selesai pada 19 April ini.
Beliau berkata sebanyak 1.89 juta iaitu 44.5 peratus penduduk Selangor berumur 18 tahun dan ke atas telah mengemas kini maklumat dalam sistem PADU daripada 4.24 juta orang, iaitu jumlah yang disasarkan berbuat demikian.
"Pelbagai inisiatif dilakukan kerajaan negeri melalui kerjasama dengan Jabatan Perangkaan Negeri Selangor bagi memastikan setiap penduduk berumur 18 tahun ke atas mendaftar dan mengemas kini PADU termasuk mengadakan promosi berterusan di samping pembukaan 3,221 kaunter fizikal di seluruh negeri mulai 2 Jan hingga 31 Mac lepas," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Uzir berkata MoU berkenaan merupakan satu titik tolak besar bagi perkongsian data dan Selangor merupakan negeri pertama melakukannya.
"Kerjasama (perkongsian data) sedang berjalan dengan semua negeri, ia menggunakan kaedah kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) dan tidak dalam bentuk menandatangani MoU seperti dilaksanakan hari ini," katanya.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli sebelum ini dilaporkan berkata sebanyak 17.65 juta atau 58.7 peratus keseluruhan profil rakyat termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun berjaya dikemas kini dalam sistem PADU selepas pendaftaran ditutup pada 11.59 malam, 31 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
Amirudin (tiga, kanan) menyaksikan pertukaran dokumen antara Ketua Pegawai Informasi Selangkah Wentures, Dr Helmi Zakariah (dua, kanan) dengan Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin (empat, kanan) hari ini. - Foto Bernama
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Kerajaan tetap kurangkan pengurangan subsidi petrol - Laporan
Subsidi petrol akan dikurangkan tahun ini dalam usaha menurunkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
PADU tingkatkan pemahaman kerajaan terhadap kesejahteraan isi rumah - Penyelidikan MIDF
Pengumpulan data menerusi Pangkalan Data Utama (PADU) akan membantu kerajaan lebih memahami kesejahteraan isi rumah
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
11.55 juta daftar PADU, Perlis dan Kelantan rekod peratusan tertinggi
Kementerian Ekonomi selepas ini akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri dalam bulan April.
[KOLUMNIS] Menanti kepintaran data PADU dalam perasionalan subsidi
PADU bukanlah suatu sistem yang sempurna, tetapi ia adalah permulaan yang hebat.
Orang ramai ambil peluang terakhir daftar, kemas kini PADU
Rata-rata penduduk yang ditemui memuji usaha kerajaan dalam memastikan rakyat dapat mendaftar PADU secara fizikal yang dapat menjimatkan masa serta memudahkan penduduk.
Jumlah daftar PADU cecah 10.8 juta, sasaran 50 peratus rakyat mendaftar mampu dicapai hari ini
Jumlah itu bersamaan 48.3 peratus daripada jumlah keseluruhan 21.96 juta warganegara berumur 18 tahun ke atas.
PADU: Pelbagai kaedah boleh diguna untuk bangun sistem teknologi maklumat - Pakar industri
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.
Sebanyak 9.82 juta kemas kini data dalam sistem PADU
Seramai 9.82 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini maklumat di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam.